Thursday, August 4, 2011

parking oh parking...

saturdays wd normally be my day of melepak at my lepak kingdom at my home sweet home. but anak2 ada plan tersendiri. mengatur itu ini. mama nak itu, mama nak ini. mama, jom pegi sana, mama jom pegi sini....aaaahhhh.....anak2....layaaaannnn...walaupun badan dah angkat bendera putih, berkibar tinggi, surrender.....



sunway pyramid on saturday afternoon. for those of you who are familiar with that shopping complex can imagine the traffic to get there and the difficulty in getting a parking spot. but then....anak2 tak peduli masalah logistik ni. coz, mama is driving...yeaaayyyyy!!!!!



off we went to sunway pyramid on that one saturday afternoon. traffic? Yarabbi...sesak! bergerak macam siput babi! in situation like this i wd normally have this set in my mind that there will be a parking spot for us, easy! Finally reached the parking zone, punyalah ramai kereta berderet, berebut sana sini, simpang siur. but, within 3 minutes, we got a parking spot, tersorok sikit tempatnya, alhamdulillah...set yr mind on it, u get it! insyaAllah. masa nak keluar keta, there was also one more empty spot next to us. other drivers meninjau2, tapi tak mau masuk our parking area. Ajak anak2 buat benda baik that afternoon, walaupun agak biul caranya. we decided to wave to other drivers indicating that empty space. we were practically jumping and waving. Dotter asked, "ma, perlu ke???? dah macam orang gila je melompat and lambai kat parking lot ni???" "Ala sesekali buat kerja gila pun apa salahnya. Niat kita nak tolong, ikhlas." Finally, a driver of one black alphard saw us and the driver smiled and nodded thanking us for our 'crazy' effort. Anak2 kata..."hmmm....that felt good." yup....




fast forward...3 days later. i was late to a meeting and getting a parking spot at Pertama Complex was tough that day. i did not expect it. berapa round dah pusing parking ni????? final round, one gentleman walking to his car and saw me tertinjau2. i was looking at him pleading and hoping his car is nearby. He lightly pointed to his car nearby....Yessssss.....ada parking.....!!! Alhamdulillah.... kami tak payah cakap apa pun. 'bermain mata je.....' Dia pun keluarkan keretanya from that parking space for me to park my cute car.




his car....black alphard.








Monday, July 4, 2011

Rindunya....



pagi tu, isnin...ahli-ahli rumah disekeliling kami sibuk menguruskan keluarga masing-masing. mana yang nak ke sekolah, nak pergi kerja....kereta lalu lalang, bas, van sekolah...sibuk, bising dengan aktiviti seperti hari-hari isnin selalunya. kami adik beradik bersusun duduk di tangga depan rumah. mak dengan bapak bersiap-siap meletakkan barang-barang ke dalam kereta...memesan itu ini dengan anak-anak yang bakal ditinggalkan beberapa hari sepeninggalan ke kuala lumpur menghantar kak cik ke ITM. kak cik dapat sambung belajar dalam jurusan interior design. kak cik memang pandai pasal mengemas rumah, tukar susun atur perabot sana sini, melukis pun tahap hebat, menang pertandingan peringkat negeri. maknanya, terrer le. bukan macam aku, katam lukis orang lidi je. tak pernah ku dengar masa tu ada kursus macam tu. maklum saja baru darjah 6, tahu apa pun? "mak nak ikut..." aku merengek dengan harapan dapat menjejakkan kaki ke KL. 'hish...kamu ni, bukan nak pergi main kat sana", mak melarang..."alaaaa...boleh le mak, tuang sekolah dua hari je...tak pernah pegi kelumpor." aku cuba lagi. mana tau mak tukar fikiran. "udah le...kamu dah le tak pegi sekolah hari ni. nanti kamu dah kerojer esok, boleh pegi kolumpor", kata putus mak...permintaan tak lulus. masam mencuka aku lepas tu. bila agak semua dah selesai, barang-barang tersusun dalam kereta, kami adik beradik bersalam-salaman dengan mak, bapak, kak cik sebelum mereka memulakan perjalanan. "hah, yati...jaga adik-adik kamu tu. mak pegi tak lama. lusa balik", pesan mak kat kakak sulung kami. "ye la.." kakak mengangguk.



aku masih berat hati, lebih kepada menjeruk rasa sebab tak dapat ikut ke KL. lambaian mak, bapak dan kak cik kepada kami yang masih bersusun di situ, di tangga rumah.


kakak dan beberapa rakan kak cik yang masih tinggal menyambung kerja-kerja mengemas, sisa daripada kenduri doa selamat malam tadi. pinggan mangkuk yang hendak dicuci, keadaan rumah yang masih berselerak. semua ada tugas masing-masing dan kedengaran sesekali gelak ketawa di antara mereka. aku, melayan fikiran sendiri, membuat apa yang patut. bukan pandai pun pasal kerja-kerja rumah ni sebab kakak ada. setakat tolong angkat itu ini selepas disuruh kakak. lebih baik pergi belakang rumah, kait mempelam, lagi sedap. pokok mempelam dengan buah-buah yang sedang meranum. antara yang terbaik pernah ku rasa sepanjang hayatku. boleh cicah dengan kicap nanti. "uissshhhh....kecor ayor lior."



"assalamualaikum", kedengaran beberapa kali suara seorang lelaki memberi salam. aku menjenguk. kelihatan dua orang anggota polis di tangga. "dik, nak tumpang tanya, ini rumah Cikgu Ghazali?" aku mengangguk. "ada sesiapa orang tua di rumah? mak saudara ke? siapa ke?" "tak de. kakak ada la", aku menjawab. "tolong panggil kakak la". aku terus berlari ke dalam mendapatkan kakak. apa yang bakal dikhabarkan kepada kami adik beradik oleh dua anggota polis selepas itu, mengubah hidup kami dengan sekelip mata. hanya kurang dari tiga jam tadi, kami telah mencium tangan mak, bapak, memeluk erat kak cik. kini, mereka telah tiada. mereka kemalangan dengan lori yang membawa motosikal di tanjung malim. mak dan bapak meninggal dunia di tempat kejadian. kak cik....koma, dan meninggal dunia tiga hari kemudian.



hari ini, 5 Julai 2011, genap 35 tahun mak, bapak dan kak cik meninggalkan kami. setiap hari ingat kepada mereka. mak dengan spek mata rim hitam, kebaya kota bahru pendek, berdiri di belakang meja kerja di kedai jahitnya. bapak dengan kereta mazda hijau, berspek gelap, rambut tersisir rapi, segak dan bergaya. kak cik....berang bila rumah bersepah, mewarna lukisan dengan tekun, geram membelah bamboo dengan parang bila ukirannya tak menjadi seperti yang dia mahu....haih..rindunya...



semoga roh mak, bapak dan kak cik ditempatkan bersama-sama orang-orang yang mukmin.

Al-Fatihah....









Wednesday, April 20, 2011

Sangat la melting nyer

"Arif u got homework today?" my daily question to Arif, my youngest. He is in Year 1.

"Yes", he said.

"Pegi la buat homework". Cuba pujuk dengan nada paling lembut dekad ini.

"Ala mama, buat homework, so tired la ma..." anak cuba berdalih. Sangat selesa melepak dengan mama on the bed, snuggling his mama.

"U know what Arif, your class teacher said, Arif ni nakal, selalu tak buat homework". Anak diam bila dengar bonda yang penuh kasih sayang ni berbicara.

"and your teacher said, if Arif does not do his homework, she is going to denda mama and ayah". Anak diam lagi.

"Your teacher said, she is going to let mama and ayah stand in the hot sun. U know how hot the sun is kan?" anak mengangguk tanda setuju.

"You and my father will melt", he said.....

"yes my son, we will melt."

Arif bingkas bangun turun ke bawah and reached for his books. Buat homework. Minutes later, "Ma, homework dah siap!"

hmmm....that seems to work. Alhamdulillah....

Wednesday, April 6, 2011

...and we live happily ever after....

sedih betul scan newspaper semalam. tak payah baca sebenarnya, tengok gambar pun dah meraung hiba. malu nak teruskan baacan sebab dah tau apa citernya. A picture say a 1000 words? indeed. a man and a young woman in towels. in a hazily lit room. cheh! tak de kelas langsung dok citer pasal politician kita yang kononnya menjalinkan hubungan terlarang. macam la yang lain baik macam malaikat! kalau betul nak tunjuk, kasi tunjuk semua la...ni muka mamat tu blur pulak. tak faham sungguh la strategi strategist2 ni. misteri le konon. sudah2 le wei...who ever yang upload video tu! publisiti murahan tahap lebih gaban dari gaban wa cakap lu.....!

kenapa la our local media take up the story and made it front page? why oh..why...? integriti media dipersoalkan. agaknya attention is given sebab kalau kita tahu who that man in question, akan memantapkan ekonomi negara, akan menurunkan harga petrol, akan menurunkan harga ayam...ataupun tak perlu bayar tax lagi dan rakyat jelata akan live happily ever after....

pilihanraya umum semakin dekat agaknya and now is the elimination phase. Kill...kill....Kill....!!!!!


p.s. today's editorial pages. pages tau bukan column! ada ulasan pulak pasal gambar semalam tu. ramai sungguh la nak bagi pendapat. kagum betul dengan keperihatinan sesetengah pihak pasal isu ni.









Monday, April 4, 2011

marvelous monday .....NOT!!!!!

nothing seems to go right today. my morning to work was greeted with a traffic jam. belum masuk hiway lagi. dah sesak. terhegeh2...... damn#1.

sepanjang perjalanan, ramai juga male drivers yang bawak kete slow macam siput. kalau agak nak kerja bawak keta macam betul nak pegi kerja. ni macam nak makan gaji buta! who is that MP yang kata female drivers are slow and the cause of many road congestion?????? damn #2!

at work...aaarrggghhhh..!!!! memacam pasal. meeting yang menyakitkan rongga telinga dan menepukan fikiran. tambah pulak big boss kasi beberapa das to yrs truly...lagi macam nak tikam je sape yang buat lawak bodoh hari ni! Yup.....im getting physical. damn...#3! double damn!!!

and why is this headache tak mau lega2...???? makan panadol dah berapa round. dalam keta nak balik tadi dah telan 2 biji. lega sekejap...mai balik. panadol ciplak ke? last weekend was a lousy one. spent my saturday mostly sleeping. sunday, went out with anak2, tgk wayang....(citer pun bosan, melayan arif je sebenarnya. dapat pulak org sebelah buka kasut...semerbak bau sepanjang wayang. ishh...kalau tak sebab bawak anak, mau ku pelangkong je budak ni! sakit kepala wa!!!!)...balik rumah...wa lepak lagi kat katil. lelap lagi. selalunya, my headache will bye2 after a short nap. kalau pi doktor, sure kata....'aaahhh...stress ni...' semua stress. wa tak stress, ok. damn#4!

apasal negatif banyak sangat ni? selalunya negatif ni sekejap saja menyapa. cepat2 brush it away and focus on the positive side of things. bersangka baik is always my approach. selalunya macam switch on and off je. this time,....agak sesak dan hampir kalah.....damn#5!!!!

really hope a better day tomorrow. positive aura...happier mood....a terrific tuesday....(not a terrible tuesday...heeeyyyy....!!!!!! negative...negative....).

or perhaps...that kacip fatimah capsules i am taking right now....wa panas!!!!!!!!!!!!......hmmmm....






Sunday, March 27, 2011

Kita boleh ke? Sangat......

cuba pikir....dalam tempoh 20 tahun ni apa yang telah kita buat? sekolah....masuk u/kolej/institut..lepas tu habis belajar....cari kerja....dapat kerja, lepas tu gedik nak kawin. maka on pursuit to cari your life time partner. dah jumpa, kawin..start family. Anak2 pun semakin membesar dan semakin demanding. Sungguh mencabar hidup zaman material ni. cepat je habis citer kan? sebab semua berkisar di sekelilig kita yang pastinya kat malaysia je. 20 tahun dikisahkan tidak sampai 3 line....sempoi kan? Sangat....

cuba pikir pulak, dalam tempoh 20 tahun, macam-macam kerja dilakukan. pelbagai majikan menjadi tempat kita mempelajari selok belok perniagaan. sekeliling mungkin berkata, asyik tukar kerja je...tidak tetap pendirian. (peduli apa kan? happy heart i la...) dah tu, kita merantau. mencari pengalaman, mencari rezeki di negeri orang. macam seorang usahawan yang baru saya kenali. bukan tidak ada cara senang selepas graduate cari kerja dan berkerjaya di mesia saja, tapi telah mengambil keputusan untuk bekerja biasa2 di negara orang utuk mencari pengalaman. lagipun duit kita ni pun bukannya tinggi sangatpun nilainya. kalau kerja kat UK pun cantik juga. Nilai matawang pada suatu ketika dulu 8 kali ganda dengan ringgit malaysia. pergghhh!!!!! apa yang penting work hard guna kederat yang ada untuk cari rezeki and jangan putus asa. buat tiga kerja dalam satu masa. orang yang berani dan gila je akan buat kerja gila macam ni. did i mention, berani? lepas tu, pegi negara lain pulak, supply barang2 mewah yang menjadi gilaan pompuan2 yg suka branded handbags. meeting that demands pun boleh hidup sebab ramai juga customers yang suka benda2 ni.

after a few years overseas, balik malaysia, buat kerja lain pulak. kalau dah kebal overseas dengan tekanan yang pasti tahap luar biasa, setakat kat mesia ni, kacang je kot. kat mesia ni, kena pandai cari peluang sebab peluang memang banyak. rata2 pun orang kita pun ramai malas. tunggu kena suap and dapat subsidi pun boleh hidup dah. kerajaan manjakan kita dengan bab2 ni dan jadi faktor penggalak juga kepada budaya makan bersuap ni. seronok apa....kita pun ada adat bersuap-suap masa jadi pengantin dulu....criss cross tangan pengantin nak suap suami/isteri dengan tepuk sorak kaum keluarga di atas kemesraan kedua-dua pengantin, walaupun malu2 tapi buat juga....eh sama le pulak dengan budaya suap kat mesia ni, malu memang ada, tapi buat juga suka2...

dalam nak capai kejayaan duniawi ni, memang ramai dengki. biasalah kita ni semua boleh. kalau setakat nak berdengki kat orang lagi la boleh kan? sangat! santau, bomoh siam, poison letter, and the latest....video sensasi...hish!!!!...tersangat la terrernya org kita, hah tu dia! boleh ke tak boleh? boleh sangat.........!

tapikan, balik pada citer usahawan balik dari overseas tu. ingatkan tekanan di overseas maha hebat, tapi kat mesia, sikit punya ke petala ke sembilan lagi dahsyat tekanannya. daripada bersaing dengan manusia yang mental yang mahu berjaya hanya dengan jalan pintas, kabel besar dan payung besar, sebesar khemah kenduri, lebih baik mancari cara untuk berbakti menerusi penyebaran ilmu kehidupan. sekurang-kurangnya....membantu anak2 muda menempa laluan agar tidak banyak membuat kesilapan dan tidak mudah menjadi generasi bersuap, berkabel dan berpayung besar. lebih suka berusaha sendiri. bukan ke itu yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat Allah Taala ni?

so, apa yang kita dah lakukan dalam tempoh 20 tahun ni? kalau rasanya, 3 ayat je dah boleh rangkumkan semuanya....about time to do something kan? sangat!

ini lebih kepada mencabar diri sendiri daripada orang lain sebenarnya.....


Tuesday, March 15, 2011

senja permai di kampung belangkas permai

senja itu, aku bagai nak rak (kenapa rak? sangat xtreme....rak buku, rak kasut, rakit...? rakus???....etc...) teringatkan cinta hati pengarang jantung ku yang baru ku kenali dua minggu lalu. bagaimana awang boleh mendapat gelaran paling istimewa pernah aku kurniakan kepada org lelaki. sebelum ini, paling hebat pun aku bagi pakwe . awang sangat hebat...ibarat dewa yang turun dari kayangan menebar renjisan sakti memanah siapa saja yang memandangnya. dan aku telah memandangnya.....ahh sudah! terkena panahan matanya yang menikam kalbu. ayik..asyik..asyik....(lagu amelina yang pernah popular satu ketika dulu....) padan muka aku....???? rezeki aku???

Saturday, March 12, 2011

arif....sjmc again

nebuliser twice a day.....anak ayah.....sakit pun mcm ayah

arif masuk hospital lagi....kali ni, demam panas mengganas. i was in kuantan on work and this time ayah handled the whole anak sakit incident. jadi citer, arif muntah dalam van sekolah (kesian tok imam nak kena cuci van sebelum amik budak2 for the next trip...), kaki tangan biru and sejuk, so weak.....my maid dah panic. bawak pegi hospital serdang, tunggu kat hospital serdang dekat 3 jam belum jumpa doktor lagi. i said, take him to sjmc...and situ kejap je dah jumpa doktor and atas nasihat doktor...warded. marsya voluntered to spend the nite wt arif kat hospital. esok, onwards, mama's turn. 2 malam kat kerusi maleh ni....from the comfort of vistana kuantan's comfy bed and extra comfy pillows....to kerusi maleh hospital. Adoyai....tapi anak punya pasal, kerusi maleh pun kerusi maleh le...what's important, arif sihat. mama sakit belakang...cari tukang urut terhandal satu malaya (hah!...telan pain killer pun ok juga).

muka bosan nak balik

after 4 days, arif merengek nak balik. hopefully hari ni boleh balik....mama pulak rasa nak demam. no..no..no....mama cannot demam...postpone demam till next change!

Monday, March 7, 2011

Please be careful

pagi tadi bawak keta macam biasa (100 - 110 speed limit) and i took the putrajaya-cyberjaya stretch to take MEX highway to work. the putrajaya-cyberjaya stretch is common for speeding, amongst motorists who take that stretch, like yours truly juga kadang2. although longer route to KL, it is easier and shorter time. tak sampai seminit taking that road, saw a policeman diverting traffic. unsual sight coz not many motorits take this stretch unless u work in putrajaya. slowed down the car and what i saw at the right lane was a lifeless body, all bloodied, clothes all torn, less a leg...berkecai from torso down, mere black plastic bag to cover half of his body. just a glimpse but our brain are created to capture such sight, almost with photographic precision, and yes, it is still clear in my mind. no body stopped. just the police man. about 20 meters away...tyre marks strecthed across the road and i saw, a KLIA limo...dengan tayar pecah and bengkok, hood depan kemek and the limo driver was sitting at the railing dengan kepada tunduk ke bawah. not far, satu motosikal kapcai remuk ya amat lying by the roadside....

that sight slowed me down, slowed most the motorists down. yang bebal dan bangang je would keep on speeding. gigil, unable to shake off what i saw. sesal dan kesian bukan sikit2. if the man was a muslim, al-fatihah disedekahkan. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang mukmin. cant help but continuously imagining how his last few seconds hidup di bumi Allah. Semoga his death was a quick one and he did not suffer.

his death....someone lost a brother, a son, a husband, a father, a cousin, a friend, an uncle, a neighbour....

please be careful to all my dear ones...my doa mengiringi semua...semoga sentiasa dilindungi Allah swt.

Wednesday, February 2, 2011

ami is married now

a new chapter in life for ami...

ami should be going for her honeymoon esok, in kk. im sure she is very happy at the moment. tak sampai seminggu bernikah dengan amirul. inai masih merah di jari. sengih sampai ke telinga masih berterusan. sibuk menyiapkan kelengkapan rumahtangga. tengah belajar2 masak juga agaknya. her wedding was last saturday, 29/1/11. the 1st wedding untuk cucu ghazali duyob and khadijah haji mustaffa. many glitches.....of which easily tackled if we have more manpower. but come to think of it...the glitches made the wedding more memorable....hehehe...(cover line je ni...). what the heck. although i was dead tired...my body ached all over...tapi puas hati. coz ami was a radiant and beautiful pengantin and yes...happy. looking at her laughed...enjoying having her pics taken, going through the whole wedding rituals and surrounded by family and friends...makes all the effort worthwhile. penat pun penat lah...so fulfilling when the bride's parents pun happy juga. although it was drizzling...the guests kept on coming. food was cukup-cukup...fantastic!!! hate wastage. balance lauk cukup untuk family members.


with my sis and the bride masa malam berinai

the pengantin dengan the gedik cousins and friends

ami is like my own child. she was born when i was in form 3. took care of her from confinement throughout school days. kakak tak de maid those days, so...yours truly was part time helper. feed her, mandikan dia, tocangkan rambut dia, take her to the playground...tadah muntah dia.....yup all those. those wide thick glasses during school days...hehehe....ami's brother, azizul was also under my care...well azizul is another story.

ami ni, org tua2 kata....keras hati le juga, sensitive, intelligent, hard working, simple in dressing yet elegant...kadang2 rasa her dress sense is like her mama's (unlike adik dia, ema), keep things to herself, manja......and yes, realised this recently...quite witty.

when she joined the same company i work with, sayu juga sebab....i helped raised her and now she is my office mate. awkward too coz how will she address me at the office? lawak juga....nobody knows about the relations except the HR people. we gave 2 months before the staff find out about our ties, but it was nearly 3 years later bila ada makcik sorang kat ofis yang start spreading the info (macam tak de kerja lain, nak cari popularity vote kot). kalau tidak, mungkin sampai sekarang, tak ramai yang tau.

it broke my heart when i see her cry during those 'difficult months' in her life coz i know she deserves better. tak sampai hati tengok. mau ku santau je those yang hurt her! and now all those bad memories dah jauh tinggal and she has amirul now. what is the odd of that? nama pun lebih kurang sama. rupa paras pun lebih kurang sama. sesuwei sangat....akak likeeeee.....

ami & amirul....

tambah sorang lagi dalam family ni

my doa for your happiness ami. dont ever take things for granted. sayang menyayangi, hormat menghormati and perhaps could start by addressing yr hb dengan panggilan 'abang'. be humble...tapi jgn sampai kena buli. ikhlas and sentiasa sabar...sabar...sabar...