was sharing with anak mami....why does our politicians love to politicitize all issues that ever cropped up in this little country of ours. dari isu pasal agama, sosial, ekonomi...semua la....yang bergaduhnya penyokong-penyokong atau the rakyat. masyarakat berpecah belah, berpuak-puak. dah tak kuasa nak baca paper. itu belum lagi pasal umat islam yang murtad. pasal anak2 Islam tahun satu yang diajar lagu kristian. bila semua are out in the open semua salahkan each other. cabar mencabar, saman menyaman macam makan kacang je sekarang ni. isu tak selesai juga. pemerintah dan pembangkang sama saja. langsung tak boleh berkompromi untuk kebaikan rakyat. sekarang ni ego lebih penting daripada segala-galanya.
sekarang ni nak tanya.......yang meletakkan mereka in power tu siapa??? amanah yang diberikan ialah untuk menjaga kepentingan rakyat bukannya kepentingan kedudukan politik masing2.
jangan buat kami the rakyat macam tak tahu apa-apa. terima saja apa yang disogokkan dalam media, and dont lie to us.
kami perhati, kami timbang, kami nilai...
kami hanya mahu hidup tenang dan tenteram mencari rezeki yang tak seberapa ni (namun alhamdulillah...) di tanah air sendiri tanpa perlu going through our daily lives as spectators to the various dramas by our leaders. perhaps our leaders does not realise this that we the rakyat kini sedang berhempas pulas untuk cuba hidup dalam negeri sendiri, kami yang terus menerus berperang dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.
im not a political analyst nor a strategist, but i do have a say and so far im not happy with how this country is being run. same goes with the opposition, the confidence for them is not there yet. if for once, they would stop bickering and finding fault with each other and really work together for the betterment of the rakyat and the country....bukan ke itu lebih afdal? check and balance at its glory.
nilai kemanusiaan semakin menipis agaknya dan nilai ini amat penting untuk seorang pemimpin. kepentingan diri sendiri tidak ada langsung dalam diri. berkhidmat untuk the rakyat dan semuanya dengan tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan. kepuasan apabila dapat membantu.....mungkin nilai ini tak relevan kini.
seperti riak muka seorang pemuda yang dapat saya tonton menerusi rakaman video selepas perhimpunan Bersih 9 julai lalu (tidak pasti bangsanya, namun paras seperti melayu). jalan kini lengang....tiada lagi abang FRU, tiada lagi abang polis, tiada lagi the rakyat yang berarak...tiada lagi kereta polis, ambulans, pancuran air kimia...lengang dan tenang. yang ada hanya la botol-botol air, sampah sarap yang bersepah di sepanjang jalan. pemuda ini, kepala tunduk ke jalan, begitu tekun mencari dan mengutip botol kosong dan sampah di sepanjang jalan dan memasukkan ke dalam plastik yang dibawa bersama atau mencampakkan saja ke dalam tong sampah yang berhampiran, jika ada, bersendirian.....pasti tidak ada pihak yang mengupahnya. pasti juga bukan pekerja dbkl. tapi riak muka yang penuh ikhlas, tekun dan seolah-olah menjadikan tugas mengutip sampah sebagai tanggungjawabnya semata-mata, sumbangan mulianya...semua itu jelas terpancar pada wajah. itu lah keikhlasan sebenarnya, sebagai seorang manusia...