Sunday, March 27, 2011

Kita boleh ke? Sangat......

cuba pikir....dalam tempoh 20 tahun ni apa yang telah kita buat? sekolah....masuk u/kolej/institut..lepas tu habis belajar....cari kerja....dapat kerja, lepas tu gedik nak kawin. maka on pursuit to cari your life time partner. dah jumpa, kawin..start family. Anak2 pun semakin membesar dan semakin demanding. Sungguh mencabar hidup zaman material ni. cepat je habis citer kan? sebab semua berkisar di sekelilig kita yang pastinya kat malaysia je. 20 tahun dikisahkan tidak sampai 3 line....sempoi kan? Sangat....

cuba pikir pulak, dalam tempoh 20 tahun, macam-macam kerja dilakukan. pelbagai majikan menjadi tempat kita mempelajari selok belok perniagaan. sekeliling mungkin berkata, asyik tukar kerja je...tidak tetap pendirian. (peduli apa kan? happy heart i la...) dah tu, kita merantau. mencari pengalaman, mencari rezeki di negeri orang. macam seorang usahawan yang baru saya kenali. bukan tidak ada cara senang selepas graduate cari kerja dan berkerjaya di mesia saja, tapi telah mengambil keputusan untuk bekerja biasa2 di negara orang utuk mencari pengalaman. lagipun duit kita ni pun bukannya tinggi sangatpun nilainya. kalau kerja kat UK pun cantik juga. Nilai matawang pada suatu ketika dulu 8 kali ganda dengan ringgit malaysia. pergghhh!!!!! apa yang penting work hard guna kederat yang ada untuk cari rezeki and jangan putus asa. buat tiga kerja dalam satu masa. orang yang berani dan gila je akan buat kerja gila macam ni. did i mention, berani? lepas tu, pegi negara lain pulak, supply barang2 mewah yang menjadi gilaan pompuan2 yg suka branded handbags. meeting that demands pun boleh hidup sebab ramai juga customers yang suka benda2 ni.

after a few years overseas, balik malaysia, buat kerja lain pulak. kalau dah kebal overseas dengan tekanan yang pasti tahap luar biasa, setakat kat mesia ni, kacang je kot. kat mesia ni, kena pandai cari peluang sebab peluang memang banyak. rata2 pun orang kita pun ramai malas. tunggu kena suap and dapat subsidi pun boleh hidup dah. kerajaan manjakan kita dengan bab2 ni dan jadi faktor penggalak juga kepada budaya makan bersuap ni. seronok apa....kita pun ada adat bersuap-suap masa jadi pengantin dulu....criss cross tangan pengantin nak suap suami/isteri dengan tepuk sorak kaum keluarga di atas kemesraan kedua-dua pengantin, walaupun malu2 tapi buat juga....eh sama le pulak dengan budaya suap kat mesia ni, malu memang ada, tapi buat juga suka2...

dalam nak capai kejayaan duniawi ni, memang ramai dengki. biasalah kita ni semua boleh. kalau setakat nak berdengki kat orang lagi la boleh kan? sangat! santau, bomoh siam, poison letter, and the latest....video sensasi...hish!!!!...tersangat la terrernya org kita, hah tu dia! boleh ke tak boleh? boleh sangat.........!

tapikan, balik pada citer usahawan balik dari overseas tu. ingatkan tekanan di overseas maha hebat, tapi kat mesia, sikit punya ke petala ke sembilan lagi dahsyat tekanannya. daripada bersaing dengan manusia yang mental yang mahu berjaya hanya dengan jalan pintas, kabel besar dan payung besar, sebesar khemah kenduri, lebih baik mancari cara untuk berbakti menerusi penyebaran ilmu kehidupan. sekurang-kurangnya....membantu anak2 muda menempa laluan agar tidak banyak membuat kesilapan dan tidak mudah menjadi generasi bersuap, berkabel dan berpayung besar. lebih suka berusaha sendiri. bukan ke itu yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat Allah Taala ni?

so, apa yang kita dah lakukan dalam tempoh 20 tahun ni? kalau rasanya, 3 ayat je dah boleh rangkumkan semuanya....about time to do something kan? sangat!

ini lebih kepada mencabar diri sendiri daripada orang lain sebenarnya.....


3 comments:

doodlemom said...

oh oh!! serious je bunyi nya...

Amoiglam said...

doodlemom...: seriously drama...heheheh

Farazila Wahab said...

jom buat pelaburan hartanah nak?
http://hot-auction-property.blogspot.com/