Saturday, October 27, 2012

Malam tu...

Malam tu kami suami isteri sangat letih mentally, emotionally and physically. Mana nak pikir anak-anak, mana nak pulihkan dia, risaukan jam-jam mendatang yang rasanya macam terlalu panjang. Risaukan kerja kami. Bolehke kami tinggalkan dia dan pergi kerja sebab kerja di pejabat membukit minta perhatian. Malam itu kami tak cakap banyak hanya mata yang berkomunikasi. Merenung antara satu sama lain dan kami memahami apa yang perlu dilakukan. Ustaz Ramli tak boleh lama dengan kami. Tanpa dia kami tenggelam punca tak tau apa yang hendak dilakukan. Kami sangat ignorant tentang perkara ini. Sangat-sangat lost dan pengsan tak tau apa! Sebelum ini kami setakat mendengar cerita orang tetapi apabila berlaku kepada diri sendiri, rasa macam menonton filem seram 'live'. Kami la watak utama. Dengan izinNya, Ustaz Ramli is our saviour.

Dari pukul 9 malam hingga 3 pagi, rasa takut, seram, geram, lega, kasihan...semua bercampur baur. Kami nekad dan yakin semua ini akan berakhir soon. Walau deep down, masa berjalan sangat lambat dan rasanya pucat muka dek trauma malam tadi masih jelas di muka. Ayub datang membantu ketika Evi sedang 'tenat' menggila dengan pelbagai yang merasuknya. Ayub, my younger brother datang setelah Tok Imam balik. bila tengok muka dia malam tu, lega juga kami, semangat kembali kuat. Sekurang-kurang ada orang ketiga yang mungkin tau juga serba sikit. Ayub biasa juga came across these incidents. Dia nampak lebih berani dari kami. Nampak la...Dia tahu juga ayat-ayat yang perlu dibaca untuk masa-masa gini. Siap diusiknya Evi masa dia tengah dirasuk. Bertanya itu ini dengan 'Evi', Ayub memicit ibu jari kaki Evi. tapi. Evi mendengus marah dan meronta "uishhh....kuatnya benda ni...". Baru dia tau...kita nak benda ni cepat pulih, bukan diusik2 budak tu.

insiden ni dah lama. masa tu arif baru 2 tahun. now arif is in year 2. evi, our maid of 5 months was possessed. i for one tak pernah tengok orang histeria pun, inikan pula kena rasuk makhluk halus. dengar cerita ada la. tapi macam mana la sangat our imagination tu sehingga berlaku depan mata. cerita evi dirasuk, i have written in my earlier posts in 2010. itu pun after many years baru tulis. now terasa ingin sambung cerita tu setakat mana yang ingat. mungkin ada yang telah lupa sebab rasanya elok la gitu. bukan suka sangat nak ingat benda2 gini.

Malam itu, what I fear most was not the eerie feelings all nite long and the panic attacks I experienced when Evi dirasuk dengan pelbagai makhluk...tapi risaukan my hb. I do not want him to collapse. I know the pressure and stress was unbearable for a heart patient like him. If something were to happen to him, I wd have stabbed Evi and get it done and over with. Insane? Wickedly insane! That was my decision, malam tu. Betul Evi kena rasuk. Tapi kalau hb ku rebah, aku yang menggila malam tu and Evi will be the first yang aku attack. I have to dulukan apa yang patut didahulukan. Malam tu, although our eyes communicated a lot, tapi I called most of the shots. Lifting the burden from him. wanted him to rest sebab Ayub pun ada to help tapi dia stayed on to be with me. If only there was a camera then, I wd have taken shots of him. Kalau the same incident happens now (Ya Allah, minta disimpangkanlah...), sure dah upload kat facebook and U can see how in shock and traumatised his face looked then.

Ustaz Ramli left about 3am. Dia siapkan garam kasar dan lada hitam yang telah dibacakan ayat-ayat suci untuk digunakan bila perlu. Rumah dah dipagarkan. Garam dan lada hitam ditabur di segenap penjuru ruang atas dan bawah rumah. Believe it or not, after a few hours, semua tu hilang...ya...garam dan lada hitam. Mana perginya??? Don't ask me. Ustaz Ramli kata jangan sapu garam dan lada hitam tu. Kami ikut pesanannya. Tapi bila masa nak sapu rumah, semuanya tak de...hah...hamik!

Bila Evi agak pulih dan kuat sikit malam tu, dia bangun nak buat kerja rumah. Muka pucat dan badan lemah tapi masih nak tunaikan tanggungjawab. Baik budaknya, tapi apakan daya...menjadi mangsa orang-orang yang dengki dan jahat semasa di kampung. Bila keadaan agak tenang setelah Evi agak pulih, aku dan Evi bersembang lama di ruang tamu...

"Evi rasa macam mana?", aku bertanya setelah pasti anak2 dan suami sudah tidur. Sebelum ni, anak2 turun ke bawah nak tengok Kak Evi. I allowed it selepas pasti Evi ok. Ayub pun dah balik. Now, just Evi and me. "Saya rasa kuat sikit, bu", jawab Evi, perlahan. "Elok la gitu", sambut aku. After much consideration and thought, aku tanya Evi, "Evi sedar ke apa jadi kat Evi tadi?" Evi diam, tunduk dan menjawab, "tak bu. Evi rasa takut dan nampak benda hitam besar nak masuk dalam badan. Rupa buruk. Dia datang dan terus masuk! Saya sedar bila tengok ibu dengan bapak dan saya ada di ruang tamu." "ooo...", aku mengangguk tanda faham. "Banyak juga makhluk halus yang merasuk Evi tadi", aku mula bercerita apa yang berlaku pada Evi. Evi hanya mendengar. Tunduk dan diam. Dia tidak terkejut. Riak mukanya seolah-olah...'expecting it'.

"bu, saya boleh nampak macam-macam bu", Evi mula bercerita. "Evi nampak apa?", aku dah berderau over and over again. Muka ku merah dan pucat bersilih ganti. Kecut perut. Peluh mula nak menjengah di anak-anak rambut di dahi. "Evi nampak apa?" aku tanya lagi, antara suspen dan ingin tahu. Moga dapat aku faham why is this happening.

'saya nampak...ada benda sedang perhati kita sekarang, di luar rumah, di laman. mahu masuk." Aku terus memandang ke luar, sebelah kiri ku. gelap gelita. tanpa apa riak di luar. "Dia kata dia baik, hanya nak bantu tapi tak boleh masuk...dia pakai baju purba, lelaki. Dia suruh bukakan pintu." "hah...cakap kat dia tak payah nak memandai. Kita tak perlu dia tolong. Duduk kat luar. Suruh dia balik". Aku berani dalam takut. Aku geram sebenarnya. Tiba-tiba, Evi bingkas bangun meluru ke dapur, ke pintu belakang...menggenggam garam dan lada hitam dan dilepar kuat ke arah pintu belakang. aku meluru sama, takutkan Evi dirasuk lagi, Ustaz dah balik. Ayub tak de, hb dan anak2 tidur. Cuma aku dan Evi saja yang berjaga malam tu. Aku sekali lagi, kecut perut, berderau...all in one. Menurun lagi ke budak ni?????... "pergi...! pergi..!" Evi menjerit dan melempar garam dengan marah dan nafas yang turun naik laju. Mukanya nyata dengan riak marah dan bersedia untuk berlawan. "ada lembaga besar, hitam...kepala gajah di belakang rumah, di pintu pagar belakang nak masuk juga. dia datang dari rumah India." (yup my neighbour, childless Indian couple...memuja patung gajah yang disiram susu dan disujud setiap pagi dengan penuh taat). Evi masuk semula ke dalam, setelah berpusa hati, tiada lagi makhluk kepala gajah. Hadoi....banyak uban tumbuh malam tu. Stress tahap dewa!

Kami ke ruang tamu semula. Evi nak bercerita lagi. "Ibu tahu tak, rumah ibu ni ada dalam satu kampung lama?" Aku diam mendengar saja. Menyahut dan bertanya apabila perlu. Selebihnya, biarkan saja Evi bercerita. "Ada dua anak perempuan yang suka bermain buai di laman. Ada satu pokok besar di antara ruang rumah ibu ni". "Keluarga tu kata mereka yang dahulu sampai di sini dan selepas itu, keluarga ibu datang." Aku rasa perlu membela diri di sini. "Ini rumah saya. Saya datang bukan mengganggu, hanya berkongsi ruang Allah Taala saja". "Ya bu, mereka tahu." Well, at least that is out in the open. "Bu, saya juga sering diganggu suara-suara jahat dan menakutkan. Saya boleh dengar semuanya." Hah...sudah! Suara apa pulak? Patutla pernah sekali kami sekeluarga keluar dan pulang malam. I was the one yang panggil Evi untuk bukakan pintu. Tapi Evi tak menyahut pun walaupun she was at the living area. From the window I can see she was closing his ears with her hands and sitting at one corner, knees close to her chest. Her face....in fear of something. I had to yell loud for her to realise that i was calling for her. Selepas bukankan pintu, I asked her what was happening...tapi biasala...'tak de apa bu'. Tapi Evi memang selalu takutkan something. That I noticed.

"Bu, ada banyak benda datang nak masuk bu." Evi memandang ke luar. Masih gelap ok, di luar tu. Evi menggengam garam kasar dan lada hitam lagi. Terus bangun dan melempar ke luar. Aku terus berkeras. "Suruh balik semuanya!" "Kita tak perlu depa sini. Balik! Balik! Ini rumah aku!" aku jerit lagi.

Evi, selain kerja rumah yang tak berapa pandai, sentiasa happy, especially with the children. Melayan the girls anytime and masak apa aje yang dia tahu bila diminta. My girls kata, 'ma....macam kat kedai. Cakap je nak makan apa, Kak Evi masakkan.' Dulu di kampung, Evi ni kerja di salun rambut. Pernah, kami bawa dia ke Family Day outing organised by the company. Dia yang setkan rambut anak2. Macam kat salun tu la hasilnya. The girls sikit punya perasan, paling voque malam dinner tu. Layaaannnnn.....Rasanya that is her way to forget about her fears, melayan anak2. Dia paling sayang Arif. Kami risau juga after she left, Arif nanti sakit ke apa ke sebab rapat dengan Evi....tapi Alhamdulillah, Arif ok.

Malam tu dan hari-hari mendatang, kami memang rasa seram duduk di rumah. Surah Yassin sentiasa berkumandang. Tapi kami masih 'merasanya'. Kami pegang pesanan Ustaz Ramli, Manusia lebih superior daripada jin dan syaitan. Jadi jangan biarkan diri takut dengan benda-benda ini.

Masa nak hantar Evi balik Indon, 3 days after that, macam-macam dugaan datang. Documents tak lengkap la, kereta rosak tengah jalan la. kereta rasa berat la....Evi sempat lagi memberitahu, dia nampak ada benda sedang memerhati kami di tepi jalan dan mahu menghampiri ketika kereta meragam. Cepat la Ayub, drive kereta ni...! Walau pun terasa berat...Ayub tekan juga minyak!

Kami baru dapat tahu a few months back, someone was murdered at our neighbour's house during the construction of our block. The Indian couple's house. Hmmmm...they have been childless walau dah kawin bertahun. Suami a devoted Hindu, sembahyang and puja the gajah for years. All in effort of seeking blessing untuk dapatkan anak. (that's what other neighbours say). They finally moved out from that house. After a few years, they returned last year and with a little boy. Comel. Baru dapat anak rupanya. (Input from my current maid who is the CNN on neighbours' developments). When they came back, did a minor renovation on the house. Kecikkan ruang pintu. sliding door kini cuma satu pintu kecil, tanpa tingkap depan. Pagar rumah ditukar tinggi dan rapat. Tiada ruang untuk mereka yang di luar menjengah ke dalam. First reaction that crossed my mind, macam tak mau bercampur dgn orang. Semua nak bertutup and gelap. Ah...suka hati la...

Sesekali teringat Evi. Apa khabar agaknya dia? Is she well? Semua ini berlaku tentu ada hikmaynya. Allah Taala menghantar Evi kepada kami mesti ada hikmahnya. Bagaimana berkuasanya ayat-ayat suci Al-Quran mampu mengusir makhluk yang mahu memusnahkan manusia. Ayat-ayat suci Al-Quran yang memulihkan Evi dengan izinNya juga. Ustaz Ramli yang dihantar kepada kami untuk membantu. Mungkin juga kami yang perlu disedarkan ketika itu.

After she left we lost communication. Just hope that Evi is well and happy with her child. InsyaAllah...

p/s : sedang menulis post ini, dari ekor mata kananku, dapat ku lihat pergerakan sekilas.....kepala menjengah di muka pintu bilik. I'm at the far end of my room. Yup. tall...and chaaakkk!!! Ku toleh ke arah itu. Nothing. Mungkin Afiq who is abt 6'3" is home. But NOT! well, i continued with my entry.


2 comments:

doodlemom said...

adoiii seghiau baca citer x file u ni...hope everything is ok now.

Amoiglam said...

Its stillnthere noni...cuma buat tak tau je